Tidak dapat dinafikan bahawa makanan dan minuman merupakan elemen yang penting dalam kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sihat dan sejahtera. Dalam konteks pemakanan menurut islam, ia merupakan aspek yang penting dan perlu ditanam di dalam diri setiap umat islam. Terdapat beberapa adab atau peraturan yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan tubuh terpelihara. Islam tidak menggalakkan umatnya memakan sesuka hati sehingga memberikan kesan pada hari kelak.
Pemakanan menurut islam ini dapat diperkukuhkan dengan hadis-hadis yang disabda oleh Rasullulah , baginda amat menitikberatkan serta memberi tuntutan kepada umatnya tentang soal pemakanan. Tiada satu hadis pun yang mengatakan bahawa seseorang perlu mengisi makanan di dalam perutnya sehingga penuh. Oleh itu, Rasullulah pernah bersabda “kita(kaum-kaum muslimin) adalah suatu kaum yang tidak akan makan sehingga merasa lapar dan tidak makan sehingga kenyang”.
Memakan secara berlebihan adalah suatu perkara yang amat dikuatiri oleh Rasullulah keatas umatnya sebagaimana sabdanya “Yang paling saya takuti diantara hal-hal yang saya takuti keatas umatku ialah besar perutnya, gendut kerana memakan secara berlebihan, terus menerus tidur yang melampaui batas, malas dan tidak mempunyai pendirian yang tegas dan mantap”.
Dalam Islam, pemakanan itu amat penting bagi memastikan seseorang itu dapat menjalankan tugas atau kegiatan hariannya dengan lancar. Hal ini amat penting untuk memastikan seseorang itu tidak merasa hilang semagat kerana lapar.
Pada asasnya, isi perut manusia terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu bahagian makanan, minuman dan penafasan. Oleh itu, pemakanan yang seimbang amat penting untuk memastikan ketiga-tiga bahagian itu dapat berfungsi dengan sempurna.
Dalam soal pemakanan ini, terdapat beberapa hal yang perlu dipatuhi bagi memastikan kesihatan tubuh badan dapat dipelihara dengan baik. Perut yang besar umpama “Rumah Sakit”. Oleh itu, kita perlulah menjaga perut kita dengan memakan makanan yang berkhasiat. Jika sakit yang menimpa perut(Rumah Sakit) seperti gastric, kanser, atau sebagainya pasti sukar serta memakan masa yang lama untuk sembuh. Oleh itu, kita perlulah memikirkan kesederhanaan dalam soal makan dan minum. Elakkan memakan sesuatu dengan banyak kerana memakan dengan banyak tidak akan menyebabkan seseorang itu kuat tubuh badannya sebaliknya ia akan menggalakkan seseorang itu lebih malas serta sukar untuk berfikir dengan rasional. Oleh itu, seseorang itu perlulah makan dengan secukupnya sahaja bagi memastikan seseorang itu lebih semagat dan dapat berfikir.
Elakkan daripada mengisi perut dengan terlalu banyak makanan kerana ia akan menganggu bahagian minuman dalam perut. Jika bahagian minuman telah diisi dengan makanan yang banyak maka ia akan turut menggangu bahagian udara dalam perut. Jika hal ini berlaku ia akan menyebabkan penyakit, kemalasan, kelesuan, serta hilang semagat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Maka wujudlah berbagai angan-angan dalam fikiran.
Meneliti hal-hal diatas itu, maka dapatlah kita simpulkan bahawa bernilainya hadis-hadis yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada umatnya. Selanjutnya terserahlah kepada saudara dan saudari untuk melaksanakannya atau mengabaikannya. Sesungguhnya, manusia dikurniakan akal untuk membuat keputusan yang terbaik. Allahuallam.
Categories:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Response for the "Pemakanan Mengikut Perspektif Islam"
Post a Comment